Wednesday 27 June 2012

buat insan bergelar muslimah..


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? 



Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

 Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. 

  
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya.

 Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....
  

Monday 25 June 2012

carrot..oh carrot....

Sape2 kat sini suke makan carrot?..haa..saya salah seorangnye...tp carrot pas masak lah..ade org suke makan carrot mentah2 cm miss rabbit...hehe..oke nak cite pe khasiat carrot ni kawan2?...saya tunjuk pic dululah..hehe




                                                          hahaha...ni lah lobaknyer...

carot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka carot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

carot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu carot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada carot ialah:


1. Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.

5. Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. 

6. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser. 

7. Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.

Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan kita...



jadi kenelah makan...ade juga die blh memperbaiki masalah hubungan suami isteri n rabun...wallahua`alam..

SubhanaAllah.....

Salam semua...hari ni just nak kongsi Doa-doa menjelang nak bersalin nanti...sama2 kita amalkan agar dipermudahkan o Allah....Amin...


1. Surah Al-Anbiyak ayat 87


" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." 


2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255

" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


3. Surah Al-A'raf ayat 54


" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."


4. Surah Al-Falaq


" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."


5. Surah An-Nas


" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."

Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."
(Riwayat: Ibnu Sunny)

Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:


" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurnmua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat.


Sunday 24 June 2012

nak cerita pasal kancing gigi...

salam kawan2 semua...alhamdulillah kita masih dikurniakan oleh Allah umur yg panjang..kesihatan yg xternilai...nak cite kat kawan2 semua pe tu "kancing gg"...ini bukan yg sakit gg tuh...ini mmg penyakit..dikatakan penyakit ni berbahaya dan membawa maut di Asia dan Afrika..


ni bkn sayala...ni pic je...

hah..kawan2 pe tu penyakit kancing gg?...saya dh pun kene cucuk dos ubt ni memandangkan saya tgh mengandung 6bulan sebagai pertahanan la u diri saya n baby comel saya ni..


oke saya cite serba sedikit pe tu kancing gg ni...menurut cik wikipedia ni dia kata kancing gg ni kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus,. mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan.


Simptom utama penyakit ni disebabkan oleh tetanospasmin,neorotoksin  yang dihasilkan oleh bakteria anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Jadi xleh luka2 sgt bahaya..


Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan.. Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang saya kena ni..


ade risiko dia... risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit..bahay kan?penyakit ni tanpa kita sedari..


Dan tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah:
- kelesuan, 
-ketegangan atau kekejangan, 
-sukar mengunyah,
- otot semakin keras hingga terkancing gigi, 
-susah tersenyum lebar, 
-pengecutan otot yang kuat,
- kekejangan yang menyakitkan. 
 - keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), 
-kerenggangan tendon, 
-kesukaran makan, 
-kegagalan jantung 
-trombosis


banyak kan tanda2 die...mmg diwajibkan bg saya lebih2 lagi orang mengandung ni kene cucuk..2x lak tu...mmg sakit la..hbs sengal bahu..nak angkat pepe pun xleh..jdik cik suami lah yg baek hati..penyayang tolong...syg abg dunia akhirat..


jadi pepe pun penyakit ni kenela dicegah dr awal u kesihatan semua...kesihatan yg diberikan oleh Allah..

Thursday 21 June 2012


: Kelebihan bulan Rejab :.

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.