Wednesday 11 July 2012

50 panduan rumahtangga mengikut panduan dato` Fadzilah kamsah..


haha...sekarang nak share ni lak...copy n paste ni..

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.



  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
  • Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  • Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  • Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  • Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  • Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  • Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang

bersiap-siap u ramadhan..


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Apakah persiapan fizikal?
Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up ataustretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?



Persiapan yang kedua ialah akal.
Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyerskhusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.


...cintaku..bahagian 2


Kita  bersambung lagi kawan2…kat mane dh?oke pas dh jadik satu board comrade tu..kami berdua dilantik oleh senior menjadi biro welfare dlm stu program masuk kampong IPTA..IPTA ni ape? IPTA ni Islamic teaching for org Asli..seminggu tu yg mula2 aku join kat pos lebir,Kelantan..tp yg ni kat laen lak..dekat tejiabu?kat mana kawan2?..dkt Pahang..seronok sgt..mmg best giler2..mencabar pun ade gak..eh tercerita y len lak..oke si die lak cm bese2 je aku perasan..tp byk care jugaklah..hehe..yela aku assistant die..wee..tp die pnah cerita kat aku..yg die dh usha2 aku..wee..malunyer..padahal suke..haha..

Tp lpas jer hbs program..aku pun balik umah bercuti..n si die  hehe pandai dh mesej2 aku…wee..tp aku layan jer..time tu aku mmg xde perasaan lagi kat die..just anggap saje cm kawan2 bese…tp lama2 kelamaan die ade ckp yg die suke kat aku..die nak tut2 lah aku..wee..tp masa tu aku cm susah sikit nak percaya…ade org kate..biarlah org tu syg kita byk drp kita syg byk org tu..lbh3 lagi perempuan..hehe..aku pun byklh uji die..nak tgk kesungguhan die..ketahanan cinta lah die padaku..haha…tp drp gayanya mmg sah die suke kat aku..last2 bru aku suke kat die..wee

Alhamdulillah…aku byk diuji dgn cinta ini…sesungguhnya cinta mmg sgt memerlukan kesabaran,pengorbanan,kesetiaan…begitulah aku ngan die..mmg xdpt nak lari dr semua ni..kene byk bersabar n tahan..lagi2 duk dlm society yg mementingkan dakwah..n kami berdua pun dlm bidang agama..yg pasti mmg kene sgt menjaga..hehe..

ni time tunang..

Alhamdulillah kami disatukan dgn ikatan pertunangan pada 28.5.2011..n kawen lak pade 26.11.2011...xlame sgt kan?wee..kira tahun 2011 sgt2 bermakna bgku..tunang n kawen serentak pada thn tersebut..alhamdulillah..

Tp aku sgt bertuah memiliki suami yg sgt penyayang..walaupun tegas sikit2..hehe..terima kasih abg..cinta ini hanyalah untukmu dunia akhirat..

hehehe...

Ni lagu first abg bg kat ayg..mmg terharu sgt…terima kasih abg..(dehearty-permata yg dicari)

Hadirnya tanpa kusedari…
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadirnye  cinta insane pd ku ni
Anugerah kurniaan ilahi
Lembut tutr bicaranya…
Menarik hatiku u mendekatinye
Kesopananya memikat dihati
Mendamai jiwaku yg resah ini……
Ya allah
Jika dia benar utkku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jka dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu
Dialah permata yg dicari..3x
Selama ini baru ku temui
Tp ku xpasti rencana ilahi
Apakah dia kan ku miliki..
Tidak sekali dinodai nafsu…
Akan kubatasi dgn syariatMu
Jika dirinya bukan utukku
Redho hatiku dgn ketentuanMu…
yaALLah..engkaulah tempat ku bergantung harapanku
ku hrp diriku sentiasa dbwh rahmatMu..

okelah..dh hbs dh cite pasal suami kebanggaan isma ni…ya Allah tautkanlah hati2 kami hingga ke syurgaMu ya Allah..amin3 ya Rabb..wassalm…

Monday 9 July 2012

Pertemuanku dengannya…bahagian 1...hee



Salam kawan-kawan semua…alhamdulillah baru nak update blog hari ni..hari ni terasa nak cerita kisah cinta hatiku dunia akhirat iaitu suamiku..aku berasa sgt2 beruntung n sgt2 bersyukur dikurniakan seorang suami yg sgt mencintai diri ini..betapa terasa diri ini sgt2 dihargai olehnya…alhamdulillah aku dikurniakan o Allah cinta hati ini walaupun pada mulanya saat-saat perkenalan kami aku mengambil masa yg sikit lamelah nak menyukainya..rase2nya dlm 5bulan cm tu brulah aku leh menyukainya sedikit demi sedikit…nape eh aku blh suke die?hehe…meh nak cite sket..sket jelah..hehe

Time tu ujung tahun 2009..aku ni xpernah lah nak aktif persatuan kat university..tp yg aku tahu aku ni alim lah sikit..haha..sejak masuk matrik ni jdik alim lakk..haha..nak tahu x aku join pe?hehe..aku join usrah..seminar2 agama..mmg betul2 xcmpur ngan kaum lelaki lah..kalu dlm kelas budak bar tuh..mmg berjarak r lelaki n perempuan…haha..mmg skema r aku time tuh..padahal time sekolah menengah dulu..aku byk gak ckp ngan lelaki..siap jadik spy lagi u budak laki ngorat awek die..haha..lawak r time sek dulu2..

Pastu aku masuk uia Gombak..mula2 aku xjoin pepe lagi..bdk first year baru..baru teruja tgk alam kampuslah katekan..pastu time cuti sem..kawan aku farha ajak masuk kampong org asli..tahu x katne?gua musang nuh..jauhlah jgk...emm pada mulanya cm xnak lah join..pe kes masuk kg org asli kan?tp gara2 nak hbskan cuti sem daripada boring kat umah..aku p lah ngan niat nak hbs cuti..haha..padahal org len p u sebarkan agama n dakwah kat org asli..aku p xde pepe pun niat cmtu..maklumlah first time..haha..time tu aku xkenal lagi si die..mmg aku xkenal langsung lah..aku duk biro catering..die duk biro modul..mmg berjarak r dunia kami.

Pas pada tu aku jadik berminat lak nak join persatuan ni..sapalah aku join ujung thn..aku p je jdik sukarelawan abim pun aku p.. …mmg seronok lah join..haha..tup tup.. aku dilantik jadik ajk society comrade..jdik biro welfare u comrade..aku nak tolak sebenar..tp ade jugak minat2 sikit..last2 aku time jelah..time tu aku xtahu sape head aku..rupa2nye die..haha..aku pun cm scary mula2 nak bekerja ngan die..muka pun garang semacam je kan..haha..xpelah senior aku..junior kene lah patuh arahan senior..haha..mmg garaang la mula2..senyum pun cm susah je..tp time tu aku pakai tudung labuh..manelah tahu die takut nak senyum kat aku..aku pun xsenyum gak..masam2 jer dua2..haha..tu lah first time aku duk semeja ngan die pas dilantik jdik ajk welfare comrade..society org asli ni lah..lame3 aku pun jadik org asli..haha..lawak jer.
.
                                                        
                     tadaaa!!!!..ni lah  time aku meeting ngan die first2..bincang pe lah tu..hehe..

Aku semakin aktif join masuk kg..mmg susahlah nak miss katekan..dh gian kan nak join selalu..kuar p jln2.p negeri org..seronok lah jugak..sepanjang aku jdik assistant die..die oke je..xde masalah la..cume  die orgnyer tegas sikit..rajin..hehe..byk bg tunjuk ajar kat aku la..haha..first time die mesej aku tanye sal program..pastu ade “hehe” last2 die..aku pelik la..blh lak die wat “hehe” tu..cm rapat dh..padahal time tu aku bru je kenal die..emm aku pun layan jela..hehe..ade respond lak tu..hehe..


                      ni lah pic ku ngan die..hee..tp ade org len lh.xleh dua2..bahaya..haha

Pjg lak bercerita..nanti lah sambung lagi ye kawan2..tp mmg seronok kalu ingat zaman2 aku ngan die..hehe