Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia
akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara
soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak
menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah
membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya
bagaimanakah persediaan itu?
Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan
fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Apakah persiapan fizikal?
Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum
menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi
Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah
beberapa kilogram berat badan!
Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita
perlu warming up ataustretching dahulu
sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa
dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal
soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam
Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain
melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam
keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika
kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah.
Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan
pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita
untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?
Persiapan yang kedua ialah akal.
Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang
berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan
Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan
ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan
persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang
dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika,
cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan
sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!
Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu
duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil
inisiatif untuk highlight buku-buku
yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini,
ada flyerskhusus senarai
buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas
buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di
siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang,
manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.
Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba
Allah yang bertaqwa!
Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.
Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.
Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan
untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik
bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat
sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih
dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan.
Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya
kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak
meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.
Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira
Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam
ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru,
tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh
kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment